Wednesday 13 July 2011

Formasi

Sedikit demi sedikit usia aku makin berganjak.Makin meningkat dewasa.Kalau aku masuk politik dah boleh jadi calon Setiausaha Penerangan Wilayah.Dah memasuki fasa pertengahan.Bermakna segalanya aku yang tentukan.Kalau mase umur aku darjah satu sampai darjah tiga mak aku yang tentukan rambut aku nak belah kiri atau kanan.Aku tak marah walaupun sesekali rambut aku disapu dengan minyak masak sebab minyak rambut  Code 10 habis.Tapi apa yang penting waktu tu aku pikir yang penting aku dapat duit 40 sen.Mase tu 40sen besar jugakla.Dapatla aku simpan 10sen buat beli getah gelang kat kedai Syarikat kat blok perumahan aku.Waktu tu 10sen dah boleh dapat beli coklat 4 bijik.Sekarang dah tak dapat.Dulu kalau beli 20sen kedai bagi 9 bijik.Ekstra satu.Biasala nak tarik budak-budak.Dah kira mewah.Makan tak abis kate budak-budak rock sekarang.Tapi biasenya aku tak termakan sangat dengan ekstra tu.Benda tu lebih kepada nak mengaburi mata kami dari `supply' kedai tu malam hari.Itulah kokurikulum paling mencabar untuk budak-budak bawah umur kat kampung aku  mase tu.Permainan tu memerlukan semangat dan keberanian yang tinggi.Pemimpin kena berkaliber.Yang paling penting boleh tahan sakit.Biasamye dipilih berdasarkan warna kulit.Lebih hitam lebih dominan.Tapi itu lebih kepada aktiviti masa lapang.Bukan untuk sumber pendapatan.Sumber pendapatan aku mase tu kutip getah sekerap abah aku.Walaupun busuk sama tapi upah untuk kutip sekerap lebih murah dari menoreh.Jadi abang aku lebih mahal upah dia walaupun aku jadi bodyguard dia menoreh.Mase zaman kasut Aliph tengah popular,makin kuat abang aku beli cuka getah.Takut hari hujan katenye.Kalau hujan 'burn'la.Kata abang aku dengan bahasa budak rock zaman tu .Tapi itu dulu,waktu aku belum sunat.Mase budak budak tengah gila pakai beg sekolah cap itik berenang.

Monday 11 July 2011

Klasifikasi

Mata aku belum mengantuk.Kalau ikut standard, time ni dah lama aku tidur.Bila aku tidur automatiknya waktu makan bagi pijat kat tilam aku yang semakin menampakkan pengaruh mereka sejak akhir-akhir ni.Tapi mata aku masih belum mengantuk.Belum nak tido.Mata orang bujang macam aku memang payah tidur.Kalau ade bini lain.Silap-silap pukul lapan dah tutup tv.Tapi ni bujang.Waktu-waktu beginilah yang biasenya aku rase nak cepat berbini.Jadi dengan pandangan yang signifikan begitu aku pun turun bawah untuk ushar line.Manela tau pagi pagi ni ade rezeki.Orang cakap awal-awal pagi ni rezeki murah.Budak-budak aku yang kerja shift malam kadang-kadang buat nasi goreng.Tapi kena timing betul.Hidung kene peka.Kene trim selalu.Tapi hampeh.Takde ape.Anak-anak lipas yang masih jinak adelah lima enam ekor.


Nak tengok TV pun takde cerite best.Takkan tengah-tengah malam ni aku nak tengok RTM.Ape barang .Kalau dulu bolehla.Mase zaman api letrik pakai generator.Mase tu Hikayat Hang Setia pun aku layan.Cerita yang tak pernah aku paham apa motif dia.Sapelah yang buat cerite mengarut tu pun aku tak tahu.Nak kate Yusuf Haslam,Yusuf Haslam pun mase tu tengah top jadi hero dengan baju kot collar besar dengan seluar bowcut. Die belum kenal dengan orang RTM lagi.Lepas dia kenal dengan orang RTM yang dia kaye tu.Drama yang popular mase tu drama Opah.Bolehlah aku paham sikit-sikit.Cerite keluarga.Kalau versi Hollywood siri Dallas.Pelakon dalam drama tu yang aku ingat Joyah mase umur 30.Time muka dia tengah ayu lagi.Habis cerite tu cerite PJ Holding pulak top.

Rancangan yang paling menarik minat aku mase tu ialah muzik-muzik kat TV3.Sebab mase tu banyak kumpulan rock masuk Muzik-muzik.Kalau rancangan tu biasenya aku amek cuti separuh hari sekolah agama.Aku bagi alasan kat orang tua aku cikgu bagi balik awal sebab mesyuarat.Takkan nak bagi alasan nak tengok muzik-muzik.Kaki dan muka aku kena cukup kuat kalau aku bagi alasan tu.Alasan tu aku cakap kat member-member aku jer.Baru nampak Rock.

Wednesday 6 July 2011

Bersih

Kali ni tajuk aku lebih kontroversi.Sesekali aku nak jugak  menangguk di air keruh.Biar.Tapi aku nak cakap perihal bersih dari sudut kesihatan.Bukan dari sudut Mat Sabu walaupun photo art untuk entry kali ni ade unsur kekuningan.Mat Sabu lain.Dia wakil rakyat.Aku wakil syarikat aku.Bidang tugas yang berbeza.Kerja aku lebih teruk.Jadi yang aku nak cerita ialah bab penjenamaan semula diri aku,jadi masuk hari entry ni di terbitkan dah masuk lima hari aku hisap rokok elektronik.Kalau bahasa rasmi yang aku tengok dia iklan kat kedai yang aku beli:namanya E-cigarette.Bunyi macam laman web kerajaan.Jenama rokok tu Smoken heaven.Nama best macam band rock ballad tahun 80an.Biaselah nak tarik perokok tegar macam aku ni kene letak nama rock sikit.Aku beli rokok tu dengan niat yang aku pasang untuk berenti rokok yang masuk kali ni entah berapa kali aku tewas secara majoriti.Cuma kali ni lain sikit.Aku tak guna cara halus lagi.Cara tu dah tak boleh pakai.Kali ni aku guna cara yang lebih moden.Kos yang lebih kasar.Berjaya atau tak itu aku belum pasti.Yang pastinya salesman tu dah dapat komisen untuk dia.Berape persen tu di luar pengetahuan aku.Aku pun tak tanya dia berkaitan dengan komisen dia.Di luar bidang kuasa aku sebagai customer.Takpelah.Itu bahagian dia.Hasil titik air liur dia meracun aku.Sekurang-kurangnya aku dapat bantu dia sempena hari raya yang tak lama menjelang ni.Taklah sayu sangat dia dengar lagu raya DJ dave.Kalau betullah kata dia,dapatlah aku jimat dalam 300 ringgit sebulan.Bukan sedikit tu.kalau tambah lagi dua ratus boleh lepas aku bayar bulanan keta aku..Kalau tak betul kata dia,padan dengan muka aku yang gatal sangat singgah kat situ.Tapi dia jenis salesman yang pakai talileher:jadi tak kesahlah sangat kalau aku kene kencing.Tak berasa sangat.Tak macam member aku dulu.Nak pinjam duit 50 ringgit sebab nak masuk peraduan gores dan menang.Yang buat peraduan tu Cina bawah umur.Budak lagi.Baru-baru nak belajar kencing orang.Itu pun member aku yakin lagi boleh menang kereta Perdana V6.

Setakat lima hari ni aku berjaya survive diri aku dari ape-ape jenis rokok di bawah akta tembakau.Tak kira seludup atau tak seludup.Halal ke haram.Free atau pau.Semua aku tak hisap.Setakat ini la.Setakat aku tulis ni memang aku tak hisap rokok dalam ertikata sebenar.Tapi aku tak nafikan perasaan rindu tu memang ada,Tapi dengan hisap rokok e-cigarette ni dapatlah aku tahan rasa yang penuh mistik tu.Harap-harap pelaburan aku kali ni menjadikan aku lebih sihat dan bergaya di masa akan datang.Dan teringat aku peribahasa Inggeris yang ada tampal kat dalam tandas pasaraya Jusco Tebrau:"Nice butts does not come from cigaretts".Kata-kata tu membuatkan aku jadi lebih gagah dalam menjalani fasa pertama ujian ni.Walaupun kadang-kadang aku terasa seperti seorang Nelayan tua penuh sayu yang memandang mentari terbenam ke hujung langit Kirmizi.

Friday 1 July 2011

Koordinasi

Tetiba lak sejak 2 3 hari ni lalat banyak kat sini.Budak-budak aku dah jenuh bergotong royong bunuh binatang berwajah ksatria baja hitam tu.macam-macam helah guna.ada yang pakai penyapu buluh,ade yang pakai pemukul lipas kaler merah jambu.Penggunaan kertas gam berperisa ikan masin pun ada.Aku ambik part yang paling susah sekali:bagitahu kedudukan lalat.tapi cara yang paling berkesan aku tengok pakai kertas gam bau ikan masin.Setakat ni dah banyak aku tengok lalat mendarat kat situ.Macam-macam jenis ada.Apaapapun cara tersebut dah dapat mengurangkan populasi lalat kat sini.Kejam atau tak cara tu bergantung pada pandangan masing-masing.Benda tu subjektif.Kat situ aku ambik konsep 'Matlamat menghalalkan cara'.Ingat orang politik je boleh guna konsep tu.Aku pun ada kebolehan part tu.Selain daripada lalat ,lipas juga memainkan peranan penting kat site aku ni.Haiwan yang jinak dan manja tu memang memeriahkan hidup aku.kalau haiwan tu memang susah nak hapuskan populasi diaorang.Macam2 dah taktik dan teknik aku guna.Tak kurang jugak banyak kali aku kene kencing ngan Cina kedai.Tak kurang2 gak kehadiran diaorang.Tapi apa yang penting aku usaha.Usaha tangga kejayaan.Buat sesuatu mesti dengan niat yang ikhlas.Begitulah kata cikgu BM mase aku Tingkatan dua.Dengan niat yang ikhlas tulah dia tampar member aku kes bagi alasan makan kopok kat kantin mase masuk kelas lambat.Siap bungkus lagi nak makan dalam kelas.Nasib tak menyelebahinya pada hari tu.Sesekali kita kena bergantung pada nasib...