Sunday 29 May 2011

Complicated

Hari ni aku keluar awal.Luar biasa dari hari-hari biasa.Tiada sebab lain.Sebabnya hari ni hari ahad.Aku nak duduk kedai mamak minum Nescafe O dengan bersarapan roti telur sambil baca suratkhabar.Bukan nak tengok muka mamak tu.Aku takkan keluar kalau semata-mata nak tengok muka mamak tu.Takde rasional kalau alasan tu aku keluar.Baik aku duduk bilik sambil membuang pijat yang mengusahakan ladang kat tilam aku.Dah terlalu lama diaorang berpakat menghukum aku secara kolektif.kalau aku buat kerja tu ada juga nilai estetikanya.

Dan kepulangan aku dari bandar hari ni disambut dengan penuh harapan oleh budak-budak aku.Manala tau ada perkhabaran yang mengembirakan mereka hujung-hujung bulan lima ni."Hari ni hari Ahad,Bank tutup".Ucap aku dalam nada yang cukup lembut dan tersusun.Tapi aku dapat merasakan di wajah mereka ada tanda-tanda seribu kehampaan.Jawapan yang luhur dan ikhlas dari bibir aku yang munggil seperti Sarah Raisuddin tidak cukup untuk menutup garis-garis kekecewaan di riak mereka."Kita tengok esok macammana".Kata aku menutup epilog duka tersebut sambil menghembuskan asap rokok Dunhill yang masih belum jatuh abu sulungnya.Dan babak tersebut memang berkesan kat hati aku.Dan hari ini aku menjadi seorang lelaki yang sangat sayu.Dan di saat-saat ini aku terlalu merindukan bau duit limapuluh yang baru kelur dari mesin ATM.Harap detik-detik itu akan segera berulang.



"From morning till dawn"

Saturday 28 May 2011

Semalam yang Hangit

Hari ini lima kali aku keluar masuk site.Sibuk.Bukan buat-buat sibuk.Sibuk betul.Hari ni siapa yang ade mulut-mulut sumbang cakap aku kerja main-main aku rela.Biar aku dapat pahala sebab mengumpat aku.Tapi hari ni kerja yang banyak benar-benar menyebelahi aku.Baru aku rasa nikmatnya bekerja.Banyaknya sampai aku pun tak ingat apa yang aku kerja.Tapi walaupun aku sibuk hari ni aku rasa seronok:Statement aku ikhlas.Bukan bersifat perkauman.Bukan sebab hari ni bos aku datang.Kadang-kadang bos aku tak datang pun aku tak seronok.Bukan sebab aircond opis aku dah repair dan juga bukan sebab semalam aku beli DVD 'Forrest Gump':boleh layan malam ni.Tapi bukan sebab tu.Dan juga bukan sebab Melayu dapat Kouta lebih biasiswa:baguih dok ada.Aku taknak bagitahu sebab apa..Biar korang bengang.Yang penting aku seronok.Biarlah ianya kekal subur di hati sanubari aku.Selesai part seronok tu.

Malam ni kalau boleh aku nak tengok bola.MU lawan Barcelona.Dua dua team tu aku tak minat sebenarnya.Tapi ni akhir.Final.Main sampai menang:Kalau ade yang kate malam ni seri memang kaki bangku,jenis tak tahu format.Kalau name final mesti ada pemenang.Mesti best giler.Bukan macam main kutu,main kutu dapat `first' best,dapat final tak best.Dapat last biasanya orang kencing.Tapi ni bolasepak.Champion League,bukan Telekom Melaka main.Sebab tu orang nak tengok.Tidak terkecuali aku.Pukul dua pagi pun orang sanggup kunci jam.Kalau Akademi Fantasia buat siaran langsung pukul dua pagi tobat aku tak tengok.Bab tu kalau ada sesiapa suruh aku bersumpah,aku berani.

Thursday 26 May 2011

Langkah sumbang

Hari ni hari jumaat.Menu makan tengahari untuk hari ni hampir sama dengan Jumaat sebelum ni.Sama juga dengan Jumaat sebelum sebelum ni.Wakleman dah tahu nak masak ape.Tak banyak berubah.Takut lari cost konon-konon.kalau berubah pun baju yang wakleman pakai dengan brand tisu yang atas meja.Hari ni aku tengok dia pakai baju biru yang ada tulis `Follow the leader'.Tak kesahla,yang penting dia pandai masak kari ayam bagi sedap.Tak macam member aku.Panaskan kari daging dalam tin pun boleh hangit.Tapi sempena hari Jumaat ni biasanya aku makan kat luar.Sesekali aku nak jugak belagak macam orang MLM.Makan sambil tengok laptop.

Apa-apapun aku tak kesah sangat dengan cara hidup diaorang.Cara diaorang cari makan begitu.Dan manusia ada alasan masing-masing untuk kelansungan hidup masing-masing.Yang penting diaorang tak tertukar ambik selipar aku masa aku sembahyang Jumaat.Yang tu aku tak dapat terima.Walaupun kehilangan selipar tu tak melibatkan elaun bulanan aku tapi aku tak sanggup jalan kaki ayam pijak jalan tar.Panas.Cukuplah sekali aku lalui `scene' survivor tu.Tapi kali ni kalau hilang gak,mungkin aku akan rembat orang lain punya.Bab tu nanti aku fikirkan.Bergantung pada cuaca.


"Soft and strong"

Raksa

Hari ni walaupun hari aku bekerja tapi takde keje yang aku nak buat.Bosan jugak takde keje ni,kata aku tak bersifat jujur pada budak-budak aku.Diaorang hanya mengangguk-ngangguk melayan sambil sesekali menghempus asap rokok Nusantara dengan memek muka yang tak berape nak percaya.Takpela diaorang tak berape nak percaye kat aku.Lagipun aku tak berapa nak hisap rokok gambar rail keretapi bengkok tu.Jadi tak kuat sangat la Liabiliti diaorang pada aku.Cukuplah aku ada penyakit Dunhill.Itupun tak berape nak baik lagi.

Hidup mesti bersedia dengan segala kemungkinan.`Problem never comes singly' kata orang putih yang majoriti mereka bukanlah jenis baik sangat.`Sediakan payung sebelum hujan' kata orang melayu yang majoritinya pulak banyak nak jadi orang putih.Termasuklah aku kadang-kadang.Tak selalu.Tapi aku akui bahasa diaorang ialah bahasa global.Tidak boleh tidak itulah bahasa penghubung antara pompuan melayu dengan budak Afrika.Bukan bahasa baku.Bahasa baku laku masa aku sekolah rendah jer.Mase aiskrim batang bentuk Ultraman tengah popular.Tapi bukan mengenai budak Afrika tu aku nak cite.Aku nak cite pasal masalah.Setiap orang tak dapat lari dari masalah.Begitu juga dengan haiwan.Tidak kira mereka ternakan atau liar.Aku pun sama.Ketua Unit aku pun sama walaupun dia Cina.Ayam pun sama.Pendek kata semua yang lahir atas muka bumi ni ada masalah.Oleh kerana kita ada masalah jadilah kita makhluk yang masih hidup.Dan hari ni aku hidup dengan penuh rasa baik hati dan nyaman sebab gaji aku jalan walaupun sehari suntuk aku bekerja keras duduk saja.Dan aku sedar aku insan kerdil yang tak mampu berbuat apa-apa tentang perkara itu.


"Peace No War"

Wednesday 25 May 2011

Subjektif

Semalam adakalanya sama dengan hari ini.Adakalanya berbeza,adakalanya berbeza sikit,adakalanya berbeza banyak dan kadang-kadang tak sama langsung.Yang aku nak cite part yang tak sama langsung tu.Part yang membawa aku lebih kepada jiwa romantis.Terpulang kepada sesiapa yang nak anggap aku mat jiwang ataupun mat kuntum ataupun mat timun.Aku takkan marah.Sebab manusia biasenya cemburu pada orang yang berjiwa romantis.Itu memang aku tak nafikan dan aku sendiri pun sedikit sebanyak dalam kepompong tu.

Tapi seperti yang telah aku cakap,part tu adalah part yang tak sama langsung.Kalau ade pun peratusannya rendah.Tidak majoriti.Jadi aku bukanlah orang yang sangat berjiwa romantis,kalau adepun mungkin sedikit sebab banyak terpengaruh dengan Eman Manan.Aku memang minat Eman Manan.Kalau korang rase nak kutuk aku,sedikit pun aku tak marah.Lebih2 lagi watak dia dalam filem Puteri.Heroin filem tu Ogy Ahmad Daud mase belum gedik lagi.Cerite tu banyak mempengaruhi aku dalam seni pembuatan pedang kayu masa kecik dulu selain siri Ninja Sasuka.Bukan di pengaruhi oleh drama Sembilu yang pengarah dia pun jadi hero utama.Aku memang tak pernah minat siri untuk orang tua tu,kalau ade aku layan dulu pun sebab nak cucuk angin mak aku,dapatla seringgit dua buat tambah beli rokok.Diplomasi penting.Tapi itu dulu.Sekarang aku dah boleh cari makan sendiri:Makan gaji.Bolehla walaupun tak kaya.Tak boleh bergambar pegang duit buat macam kipas,setakat buat rambut macam Dr Rozmey tu bolehla.Itupun kalau awek aku tak marah.

"Fly without Wings"

Jalan itu sentiasa di situ

Pergi Masai hari ini memang tak menjanjikan apa-apa yang boleh aku kenang di hari tua.Pukul sembilan setengah aku dah gerak ke Masai.Dengan kete company yang hampir sebaya dengan balai raya kampung aku,aku pergi ke pekan yg masuk hari aku tulis artikel sejarah ni dah hampir tiga tahun aku menetap kat bandar yang populasi anjingnya hampir sama banyak dengan signboard jalan .Tetapi kepesatan pembangunan di Johor ni tidak sama dengan pembangunan di bandar negeri kelahiran aku.Kalau tempat aku buka kedai lima pintu,yang jalan hanya satu atau dua pintu,yang tu pun kalau bukak kedai runcit, Sardin dengan rokok gulung je banyak.Silap2 bagi note lima ringgit pun tak boleh tukar.

Kedai mamak sebelah bus stand Masai boleh dikatakan rumah kedua aku kat sini.Dah banyak margin keuntungan aku bagi kat kedai tu,Mamak tu renovate tandas kedai tu pun silap2 hasil dari aku minum ngan makan kat situ.Tapi yang aku respek kat mamak tu seluruh ahli kelurga die terlibat dalam bisnes tu.Pagi aku tengok mamak tu,tengahari anak dia,petang anak dia yg lain,malam anak dia yang suka pakai bedak sejuk.Aku kenal anak2 die sebab muka diaorang memang muka keturunan .Saling tak tumpah.Mamak tu dengan anak2 dia pun dah kenal aku,kiranya kalau aku sampai,diorang dah tau menu aku.Selame aku makan kat situ pun tak pernah aku tak bayar mamak tu,kalau mamak tu kencing aku,aku rase peratusannya tinggi.Tapi servis diaorang memang kategori A.Bukan kategori kedai yang yang ambik order pakai seluar pendek,yang pinggan nasi goreng die kaler orange.Sebab tu kedai mamak tu jadi pilihan utama aku kalau pergi Masai.kedai yang boleh aku duduk selesa setengah hari dengan modal dua ringgit.



Tuesday 24 May 2011

Biarkan Roda itu Terus Berpusing

Perkara yang paling aku menyampah sekali;menunggu benda yg tak pasti sampai bila;Takde bende yang lebih menyampah dari tu.Kalau aku menunggu tapi aku tahu sampai bila takpe,aku boleh pertimbangkan perkara tu sedalam-dalamnya.Tapi kalau tidak pasti sampai bila, boleh buat aku jadi penyanyi Death Metal.Tapi tidaklah sampai tahap aku hirup darah kambing Jantan walaupun aku jenis gigi yang ade taring.Itu bukan aku.Aku jenis yang telan Vitamin B kompleks;untuk tambah kesihatan.Dan setakat ni aku tak pernah terpikir nak jadi ahli kumpulan Death Metal.Kalau ada tawaran pun mungkin aku akan tolak dengan cara yang berhemah.

Setakat menunggu lima minit aku takde hal,tapi kalau lamenye macam lagu penyanyi Meggi Z dari Indonesia memang meremang tapak kaki aku.Tak berbaloi.Lebih baik aku balik potong kuku.Ade juga faedah bulanannya.
Bukannya aku tak penyabar orangnya.Bukan.Tapi seperti di ketahui kat pasaran,setiap orang ada tahap batasannya.Aku pulak yang jenis tahap boleh tunggu bas setakat satu jam je,kalau lebih dari satu jam biasanya aku dah cakap sorang-sorang.Tapi seingat aku tak pernah aku marah orang kampung aku kes bas lambat,kalau dulu adela aku marah Bangla kes lambat bawak forklit mase keje kilang Teramaju kat Jerantut.Itupun sebab aku tengok bangla tu macam boleh makan.Jenis yang waktu rehat makan nasi dengan kacang dhal.Kalau yang dah lame biasenye dah pandai makan bawang kuning.

Jadi,setakat artikel ni di tulis aku masih menunggu walaupun dah berulang kali budak Indonesia yang kerja dengan aku masuk opis aku tanya "Bang,bila mau ajar aku bukak akaun facebook".Jawapan yang selalu aku jawab dengan lirikan mata yang ketat.

Gambar di atas tiada kena mengena dengan artikel yang aku tulis,sekadar untuk renungan bersama.

Komposisi

Hari ni aku menjadi seorang lelaki yang serius.Sangat serius.S Kadarisman pon kalah.Ade sebab yg aku jadi serius.Takleh bagitau.Rahsia.Bermakne kalau rahsia tidak boleh bagitau.Kalau bagitahu bukan rahsia.konsepnya mudah.Hukum dia sudah begitu.Tetapi walau aku serius,aku tetap lelaki budiman,dan aku memang dikenali sebagai lelaki budiman.Yang itu aku kene akui walaupun ianya terlalu menyakitkan hati.Bermakna walau serius macamana pun aku,aku tetap belanje budak-budak aku minum.Yang itu memang sudah jadi rukun pada aku kalau keluar dengan diaorang.Apa yang penting niat aku ikhlas walaupon sebelum keluar,diaorang yang lebih dulu siap pakai talipinggang.Jadi secara kimianya aku tau diaorang nak keluar dan secara manualnya diaorang nak tumpang aku sebab diaorang tahu aku nak keluar.Paham apa yang nak aku sampaikan setakat ni?Kalau sesiapa tak paham aku nasihatkan lebih baik memancing ikan dari layan cite aku ni.

Aku pun tak pernah mintak duit tambang dengan diaorang.Seingat aku semenjak aku pandai bawak masuk gear kete,belum pernah aku mintak tambang kat sesiapa yang tumpang kete aku termasuklah yang tumpang makanan aku.
Teringat aku cakap seseorang yang aku kenali mase aku baru-baru  menceburi bidang pengangguran dulu,-"orang kaya bertambah kaya,orang miskin bertambah miskin".Sekarang baru aku terfikir, ada kebenarannya juga kata-katanya.Falsafah dia boleh pakai jugak walaupun dia pun bukan jenis orang yang boleh pakai waktu tu.Same macam aku.Jenis yang tengahari masih gulung kain pelikat.Tapi pengalaman dia memungkinkan dia berkata begitu.Walaupun aku dah jarang jumpa dia tapi kata-kata dan semangat dia sesekali mencabar minda aku.Harap-harap dia tinggalkan tabiat mengorek hidung mase cakap dengan aku bila aku jumpa dia nanti.


"Love you so much"

Monday 23 May 2011

Kembang Setaman

Panas hari ni boleh di katakan mencecah tahap mendidih,dengan kerete company yg takde Aircond aku rase dah macam merangkak kat padang pasir.Silap haribulan dengan cuaca yang macam hari ni, Unta pun nak berhenti jadi Unta.Aku tak tahu sebab ape cuace sejak memenjak ni sangat mecemburui aku.Budak Indonesia yg selalu keluar masuk jalan dekat satu kilometer untuk cari topup sepuluh ringgit pun dah berkira-kira nak beli payung.Tapi lepas aku cakap orang lelaki Malaysia jarang pakai payung dia pun membatalkan hasrat dia.Ade niat nak berlakon la tu.Tapi kalau tengahari buta pun pakai Jaket kulit ,ada hati nak menipu driver teksi.

Tapi kepanasan hari ni jarang berlaku kat sini.Panasnye lain macam sangat.Silap-silap boleh terbakar kulit aku yang dah tak berape nak jadi kulit melayu ni.Aku pulak bukan jenis manusia yang mudah percaya pada iklan bedak yang boleh tukar kulit jadi putih.Nasib baik aku ni jenis minat Siti Nurhaliza,bukan peminat Mawi.Dapatlah sedikit sebanyak membantu aku dalam menanggani kepanasan hari ni.

Apa-apapun,kepanasan tu tak merenjatkan cita-cita aku selame ni.Sedikit pun tidak.Aku masih manusia normal.Standard untuk berjaya tinggi.Itu perkara biasa bagi setiap insan.Tapi aku akui yang semakin lame cita-cita seseorang itu untuk tercapai,semakin nipis peluangnya.Kebarangkaliannya begitu.Tapi usaha tetap usaha,kalau tak jadi macam Datuk Chong Wei pun aku tak kesah,jadi macam Datuk K pun dah memadai.Dapat bini lawa.Semuanya membuat aku semakin tak memahami dengan orang yang simpan misai tebal.


"I'll always keep my eyes close,until next day"

Kampung Halaman

Lagi seminggu aku akan pulang kampung halaman.Kampung kelahiran aku.Dah lame rasenye aku tak balik,kalau tak salah dekat dekat 3 bulan aku tak balik.Harap2 aku masih tak lupa jalan balik.Mintak2 aku balik dah pesat pembangunan kampung aku,sekurang-kurangnya dah ade pejabat JKR.Baru Power.Ini kalau balik kampung,Kedai Zairol jadi pengkalan.Kat situ kira versi Kedai Bahdon untuk orang warga emas kampung aku.Yang warga perak macam aku dudok kedai Zairol.Baru nampak rock.

Kat situ lebih dekat dalam mengetahui perkembangan sosial kampung.Biasenye yg lepak kat situ berbakat kerja wartawan Tabloid.Segala perkembangan boleh dapat dengan pantas;semuanya di hujung mulut.Boleh tau rumah sape ade kenduri khawin,perkembangan koperasi,ternakan kambing biri biri,ternakan ikan air tawar,macamana mau isi borang Umno,cara mencantum tunas pokok,silap2 kalau duduk sampai midnight boleh tau siapa yang umur 70 tapi tak sunat lagi.Tapi aku sunat awal.Orang lain.Biarlah die tak bersunat,yang penting aku boleh bayar ansuran kete bulan2.

Langit Tidak Selalu Biru

Untuk makluman gambar di atas bukannye gambar aku,aku lagi lawa dari tu.Tapi bukan pasal gambar tu aku nak cite,gambar tu sekadar untuk kempen kurangkan gula yang kerajaan Malaysia buat dalam TV1,Takde kene mengene dengan korang,korang jangan nak menyibuk kirim salam kat dia,dia dah kawen,aku belum lagi.Yang aku nak cite hari ni, aku berase tak sedap badan,tak tahula sebab ape.Nak kate aku salah makan tak mungkin sebab arini aku makan makanan halal.Nasi pun aku tengok wakleman masak ok jer walaupun tak berape nak kaler putih.Nak kate aku putus cinta tidak mungkin sebab aku ni berjiwa penyayang walaupun aku pernah sekali tampar kucing adik aku.Jadi aku ambil keputusan sebenarnya aku takde ape2.Mungkin perasaan aku jer.Jadi aku pun telan la Panadol dua biji untuk menenangkan perasaan.Mane tau berjaya,tak payahlah aku bersusah payah jumpa doktor Shankar Sigh kat Masai tu.Doktor yang selalu buat aku bahagia kalau jumpa dia walaupun kalau tengok misai dia teringat aku kat bintang filem tamil tahun 90 nama Rajnikath ;"You takde ape2,just baru mau demam je,nanti you amek ubat kat luar".Tak sampai sepuluh minit selepas die menanam tebu di bibir tu terbang duit aku limapuluh ringgit.Tapi kalau diambil kira,tak kesahlah tu,yang penting aku dah jumpa doktor.Padan Muka aku,belagak sangat nak naik teksi.


"Pastikan tayar Spare anda selalu cukup angin"

Saturday 21 May 2011

Siakap 3 rasa

Dengar namanya dah membuatkan aku menjeling tabung besi aku yang memang dalam sejarah aku menubuhkan tabung tersebut ianya belum mencapai tahap maksimanya lagi.Harganya silap2 boleh dapat 3 kotak dunhill 20's.Tetapi tidak dapat tidak, itulah binatang laut yang paling mahal aku makan setakat ini.Tetapi sejak terdengar ura2 kenaikan bahan api akhir2 ni,aku tak fikir aku mampu meneruskan pola pemakanan aku tersebut.Dalam hal ini,aku tidak dapat membuat apa2 selain mengurangkan ap yang dah selama ini orang awam macam aku ni kurangkan.Mungkin aku kena gantikan Menu lain yang lebih mesra pengguna.

Lebih2 lagi tengah2 bulan macam ni: dalam dompet, selalunya muka aku dalam IC yang lebih jelas dari muka AGUNG,maka padamlah terus sinar harapan aku.Tetapi aku ingat kata orang cerdik pandai:orang ada satu sesiput rambut rezekinya tak pernah putus,maka itulah yang yang aku selalu harapkan.Dan di kala ini ketika senja melabuhkan tirai meganya di kaki langit jadilah aku insan yang paling sepi di Pasir Gudang...sesepi sebatang rokok yang masih tinggal dalm kotak bersaiz 20's di atas tilam aku ni....Aduh..kene kuar jugak malam ni!


"Jika anda sihat tubuh badan,Jadilah tentera".

Friday 20 May 2011

Hari Sabtu yang Indah..

Hari ni hari sabtu bertarikh 21hb Mei,hari ni adalah hari aku tutup kong,bermakna 10 hari dari sekarang adalah hari gaji.tetapi yang lebih indah pada hari ini bukan sebab tutup kong tu tapi di sebabkan hari ni aku tak buat ape2 keje,standby kata bdk2 kilang CPTM yg pernah aku kerja dulu.Bukannya aku ni mengulor,tidak;aku seorang pekerja yg berdedikasi dan tegas-"kok ada abang mudah sekali urusannya,mudah banget"-begitulah antara kata2motivasi bdk2 aku yang aku dengar.tetapi aku ni tidaklah terpancing sgt dengan kata2 begitu.Biasenya kalau aku termakan kata2 begitu maknanya tidak lama lepas tu aku akan melihat penuhla diaorang depan Televisyen Harrier buatan Cina melayan cerita Marimar.Cerita yg mula2 tu aku layan gak,tapi lepas aku tengok hero dia kene tembak tak mati aku ambil keputusan menamatkan kontrak aku pada siri tersebut.Biarlah bdk2 aku tengok cerita 3 suku tu.Yang penting hati aku puas sebab esok hari ahad...


"Keep in the planet blue"

Celaru

Setiap orang pun akan mengalami kecelaruan tidak berkecuali juga aku,tetapi tidaklah sehingga aku dilabelkan sebagai wajah Pan Asia.Ap yg nak aku tekankan adalah kecelaruan dari segi pemakaian selipar.Kenapa selipar aku selalu berubah tempat?aku rase bdk2 aku punya kerja,yelah..mereka pun manusia biase;selalu ingin di manje.tetapi klu dh selalu sgt semut api pun boleh isi borang Umno.Tetapi oleh kerana seperti yg aku katekan sebelum ni;aku seorang yang baik.Jadi;aku selalu mengambil konsep besederhana.Apelah sgt selipar puma aku yg harga 89.90sen tu klu nk di bandingkan dgn selipar dua ringgit.Nah'di sinilah letaknya ilmu geografi yg selalu cikgu Othman bagitau aku,dalam perkara inilah aku terapkan.

"Hidup ade 2 pilihan,teruskan atau biarkan berlalu".

Pertama kali

Sebenarnya aku lebih kepada situasi saja2 je menulis bloq ni,maklumlah org mcm aku ni bkn ade ape2 perkara sgt yg nk diceritakan,,.klu cita bab politik nt xpasal2 bloq aku kene 'bang' sebab aku ni kuat komplen jer kerjanya.Salah sikit aku komplen,salah sikit aku komplen;kedai xde duit kecik aku komplen,security guard garang sgt aku komplen,lampu isyarat hijau lmbat aku komplen,anjing melintas jalan ade tiga kaki aku komplen,pendek kate sehari hari hidup aku penuh dengan komplen.Blm lg masuk aku komplen pasal aku ni kurang hensem...-Bab kurang hensem aku lebih kepada bergurau.Jadi begitula aku ni seorang yg kuat komplen.Mungkin aku di lahirkan sbg seorang atlet sbb tu aku ni byk komplen.Tp hakikat sebenarnya aku ni sorang yg baik hati,byk kali aku tambah duit member2 mase byr makan kat kedai mamak walaupun kdg2 yg makan aku sorang.Tak kesahla tu sebab aku makan makanan yg halal,sape yg nak marah.



Berbalik kpd tajuk seperti yg di atas,inilah pertama kali aku menulis bloq.Jadi tidak ada keraguan yg sebelum ni aku tidak pernah menulis bloq.Jadi klu ada sape2 yg suruh aku bersumpah kat masjid sbb nak aku kompomkan,aku takkan buat.Sbb byk lagi kerja lain yg aku leh buat selain tu seperti pergi beli tiket bas balik kampung sbb aku nak balik kampung lagi dua minggu,Jadi kepada sape2 yg bace bloq aku 2 minggu dari tarikh aku tulis bloq ni maknenya aku sekarang dah berada di kampung halaman.



Orang lain ade bloq,aku pun nak ade bloq.Aku tak mau tahu ape tujuan orang lain tulis bloq,kate orang cina-'xmau tiau die maa'.Dan seperti yang aku kate tujuan aku suka2 je.Nak bercerita dan menulis ap yg nak aku tulis.Hidup mesti ade tujuan-kate orang cerdik pandai.Orang yang cerdik pandai ialah orang yang tidak sekadar tau menulis dan membace tetapi mesti juga tau mengira sifir.



"Semuanya telah di tetapkan"....