Friday, 17 June 2011

Gelincir

Lama dah aku tak update blog aku ni.Kes balik kampung cuti lama.Kat kampung line celcom broadband aku tak kuat macam team bola Malaysia.Tak padan bayar bulan-bulan.'Tak boleh blah' kate budak kampung aku yang baru tiga bulan duduk KL.Tapi nak buat macammana bukan aku bayar,company aku yang bayar,company aku kaya tak macam aku.Tapi sikit sebanyak tempias dan kesannya kena pada aku sebagai consumer.Sedikit sebanyak terasa rugi juga tak mengundi pilihanraya umum yang lalu.Jadi atas sebab kelemahan sistem telekomunikasi tu tak berapela sangat hati aku meremang nak update bloq.Masa aku banyak di habiskan kat rumah aku.Kalau aku boring aku duduk kedai Zerol.Kedai yang banyak mengajar aku rukun rumahtangga.

Lama gak aku duduk kampung.Kalau ikut cuti aku mintak sepuluh hari je termasuk Sabtu ngan Ahad.Tapi dekat dekat dua minggu jugalah aku lepak kampung.Mungkin minat dan kebolehan aku kat situ.Lain orang lain bakat dia.Tapi aku bukan sengaja nak cuti lama.Bukan nak jaga badan.Badan aku sihat lagi.Sebab tu aku belum kawen.Alasan aku kat bos,aku extend cuti sebab ade hal.Kali ni bos aku tak banyak cakap macam sebelum sebelum ni.Mungkin dia dah rase dia dah berumur.Orang berumur memang jarang marah-marah.Dah cuci tangan."I'm already wash my hand" seperti kata Al Pacino dalam filem Donnie Brasco.Filem die dengan Jonny Depp.Kisah Mafia lambat naik pangkat.

Lepas aku cakap kat bos aku aku extend cuti,aku pun bertungkus lumus cari bantal untuk tidur.Hati aku senang sebab masih dapat kepercayaan bos aku lagi.Tapi aku tidor kat rumah,tak macam member aku,selalu tidor dalam van company.Selera seks yang sungguh aneh.

Sunday, 29 May 2011

Complicated

Hari ni aku keluar awal.Luar biasa dari hari-hari biasa.Tiada sebab lain.Sebabnya hari ni hari ahad.Aku nak duduk kedai mamak minum Nescafe O dengan bersarapan roti telur sambil baca suratkhabar.Bukan nak tengok muka mamak tu.Aku takkan keluar kalau semata-mata nak tengok muka mamak tu.Takde rasional kalau alasan tu aku keluar.Baik aku duduk bilik sambil membuang pijat yang mengusahakan ladang kat tilam aku.Dah terlalu lama diaorang berpakat menghukum aku secara kolektif.kalau aku buat kerja tu ada juga nilai estetikanya.

Dan kepulangan aku dari bandar hari ni disambut dengan penuh harapan oleh budak-budak aku.Manala tau ada perkhabaran yang mengembirakan mereka hujung-hujung bulan lima ni."Hari ni hari Ahad,Bank tutup".Ucap aku dalam nada yang cukup lembut dan tersusun.Tapi aku dapat merasakan di wajah mereka ada tanda-tanda seribu kehampaan.Jawapan yang luhur dan ikhlas dari bibir aku yang munggil seperti Sarah Raisuddin tidak cukup untuk menutup garis-garis kekecewaan di riak mereka."Kita tengok esok macammana".Kata aku menutup epilog duka tersebut sambil menghembuskan asap rokok Dunhill yang masih belum jatuh abu sulungnya.Dan babak tersebut memang berkesan kat hati aku.Dan hari ini aku menjadi seorang lelaki yang sangat sayu.Dan di saat-saat ini aku terlalu merindukan bau duit limapuluh yang baru kelur dari mesin ATM.Harap detik-detik itu akan segera berulang.



"From morning till dawn"

Saturday, 28 May 2011

Semalam yang Hangit

Hari ini lima kali aku keluar masuk site.Sibuk.Bukan buat-buat sibuk.Sibuk betul.Hari ni siapa yang ade mulut-mulut sumbang cakap aku kerja main-main aku rela.Biar aku dapat pahala sebab mengumpat aku.Tapi hari ni kerja yang banyak benar-benar menyebelahi aku.Baru aku rasa nikmatnya bekerja.Banyaknya sampai aku pun tak ingat apa yang aku kerja.Tapi walaupun aku sibuk hari ni aku rasa seronok:Statement aku ikhlas.Bukan bersifat perkauman.Bukan sebab hari ni bos aku datang.Kadang-kadang bos aku tak datang pun aku tak seronok.Bukan sebab aircond opis aku dah repair dan juga bukan sebab semalam aku beli DVD 'Forrest Gump':boleh layan malam ni.Tapi bukan sebab tu.Dan juga bukan sebab Melayu dapat Kouta lebih biasiswa:baguih dok ada.Aku taknak bagitahu sebab apa..Biar korang bengang.Yang penting aku seronok.Biarlah ianya kekal subur di hati sanubari aku.Selesai part seronok tu.

Malam ni kalau boleh aku nak tengok bola.MU lawan Barcelona.Dua dua team tu aku tak minat sebenarnya.Tapi ni akhir.Final.Main sampai menang:Kalau ade yang kate malam ni seri memang kaki bangku,jenis tak tahu format.Kalau name final mesti ada pemenang.Mesti best giler.Bukan macam main kutu,main kutu dapat `first' best,dapat final tak best.Dapat last biasanya orang kencing.Tapi ni bolasepak.Champion League,bukan Telekom Melaka main.Sebab tu orang nak tengok.Tidak terkecuali aku.Pukul dua pagi pun orang sanggup kunci jam.Kalau Akademi Fantasia buat siaran langsung pukul dua pagi tobat aku tak tengok.Bab tu kalau ada sesiapa suruh aku bersumpah,aku berani.

Thursday, 26 May 2011

Langkah sumbang

Hari ni hari jumaat.Menu makan tengahari untuk hari ni hampir sama dengan Jumaat sebelum ni.Sama juga dengan Jumaat sebelum sebelum ni.Wakleman dah tahu nak masak ape.Tak banyak berubah.Takut lari cost konon-konon.kalau berubah pun baju yang wakleman pakai dengan brand tisu yang atas meja.Hari ni aku tengok dia pakai baju biru yang ada tulis `Follow the leader'.Tak kesahla,yang penting dia pandai masak kari ayam bagi sedap.Tak macam member aku.Panaskan kari daging dalam tin pun boleh hangit.Tapi sempena hari Jumaat ni biasanya aku makan kat luar.Sesekali aku nak jugak belagak macam orang MLM.Makan sambil tengok laptop.

Apa-apapun aku tak kesah sangat dengan cara hidup diaorang.Cara diaorang cari makan begitu.Dan manusia ada alasan masing-masing untuk kelansungan hidup masing-masing.Yang penting diaorang tak tertukar ambik selipar aku masa aku sembahyang Jumaat.Yang tu aku tak dapat terima.Walaupun kehilangan selipar tu tak melibatkan elaun bulanan aku tapi aku tak sanggup jalan kaki ayam pijak jalan tar.Panas.Cukuplah sekali aku lalui `scene' survivor tu.Tapi kali ni kalau hilang gak,mungkin aku akan rembat orang lain punya.Bab tu nanti aku fikirkan.Bergantung pada cuaca.


"Soft and strong"

Raksa

Hari ni walaupun hari aku bekerja tapi takde keje yang aku nak buat.Bosan jugak takde keje ni,kata aku tak bersifat jujur pada budak-budak aku.Diaorang hanya mengangguk-ngangguk melayan sambil sesekali menghempus asap rokok Nusantara dengan memek muka yang tak berape nak percaya.Takpela diaorang tak berape nak percaye kat aku.Lagipun aku tak berapa nak hisap rokok gambar rail keretapi bengkok tu.Jadi tak kuat sangat la Liabiliti diaorang pada aku.Cukuplah aku ada penyakit Dunhill.Itupun tak berape nak baik lagi.

Hidup mesti bersedia dengan segala kemungkinan.`Problem never comes singly' kata orang putih yang majoriti mereka bukanlah jenis baik sangat.`Sediakan payung sebelum hujan' kata orang melayu yang majoritinya pulak banyak nak jadi orang putih.Termasuklah aku kadang-kadang.Tak selalu.Tapi aku akui bahasa diaorang ialah bahasa global.Tidak boleh tidak itulah bahasa penghubung antara pompuan melayu dengan budak Afrika.Bukan bahasa baku.Bahasa baku laku masa aku sekolah rendah jer.Mase aiskrim batang bentuk Ultraman tengah popular.Tapi bukan mengenai budak Afrika tu aku nak cite.Aku nak cite pasal masalah.Setiap orang tak dapat lari dari masalah.Begitu juga dengan haiwan.Tidak kira mereka ternakan atau liar.Aku pun sama.Ketua Unit aku pun sama walaupun dia Cina.Ayam pun sama.Pendek kata semua yang lahir atas muka bumi ni ada masalah.Oleh kerana kita ada masalah jadilah kita makhluk yang masih hidup.Dan hari ni aku hidup dengan penuh rasa baik hati dan nyaman sebab gaji aku jalan walaupun sehari suntuk aku bekerja keras duduk saja.Dan aku sedar aku insan kerdil yang tak mampu berbuat apa-apa tentang perkara itu.


"Peace No War"

Wednesday, 25 May 2011

Subjektif

Semalam adakalanya sama dengan hari ini.Adakalanya berbeza,adakalanya berbeza sikit,adakalanya berbeza banyak dan kadang-kadang tak sama langsung.Yang aku nak cite part yang tak sama langsung tu.Part yang membawa aku lebih kepada jiwa romantis.Terpulang kepada sesiapa yang nak anggap aku mat jiwang ataupun mat kuntum ataupun mat timun.Aku takkan marah.Sebab manusia biasenya cemburu pada orang yang berjiwa romantis.Itu memang aku tak nafikan dan aku sendiri pun sedikit sebanyak dalam kepompong tu.

Tapi seperti yang telah aku cakap,part tu adalah part yang tak sama langsung.Kalau ade pun peratusannya rendah.Tidak majoriti.Jadi aku bukanlah orang yang sangat berjiwa romantis,kalau adepun mungkin sedikit sebab banyak terpengaruh dengan Eman Manan.Aku memang minat Eman Manan.Kalau korang rase nak kutuk aku,sedikit pun aku tak marah.Lebih2 lagi watak dia dalam filem Puteri.Heroin filem tu Ogy Ahmad Daud mase belum gedik lagi.Cerite tu banyak mempengaruhi aku dalam seni pembuatan pedang kayu masa kecik dulu selain siri Ninja Sasuka.Bukan di pengaruhi oleh drama Sembilu yang pengarah dia pun jadi hero utama.Aku memang tak pernah minat siri untuk orang tua tu,kalau ade aku layan dulu pun sebab nak cucuk angin mak aku,dapatla seringgit dua buat tambah beli rokok.Diplomasi penting.Tapi itu dulu.Sekarang aku dah boleh cari makan sendiri:Makan gaji.Bolehla walaupun tak kaya.Tak boleh bergambar pegang duit buat macam kipas,setakat buat rambut macam Dr Rozmey tu bolehla.Itupun kalau awek aku tak marah.

"Fly without Wings"

Jalan itu sentiasa di situ

Pergi Masai hari ini memang tak menjanjikan apa-apa yang boleh aku kenang di hari tua.Pukul sembilan setengah aku dah gerak ke Masai.Dengan kete company yang hampir sebaya dengan balai raya kampung aku,aku pergi ke pekan yg masuk hari aku tulis artikel sejarah ni dah hampir tiga tahun aku menetap kat bandar yang populasi anjingnya hampir sama banyak dengan signboard jalan .Tetapi kepesatan pembangunan di Johor ni tidak sama dengan pembangunan di bandar negeri kelahiran aku.Kalau tempat aku buka kedai lima pintu,yang jalan hanya satu atau dua pintu,yang tu pun kalau bukak kedai runcit, Sardin dengan rokok gulung je banyak.Silap2 bagi note lima ringgit pun tak boleh tukar.

Kedai mamak sebelah bus stand Masai boleh dikatakan rumah kedua aku kat sini.Dah banyak margin keuntungan aku bagi kat kedai tu,Mamak tu renovate tandas kedai tu pun silap2 hasil dari aku minum ngan makan kat situ.Tapi yang aku respek kat mamak tu seluruh ahli kelurga die terlibat dalam bisnes tu.Pagi aku tengok mamak tu,tengahari anak dia,petang anak dia yg lain,malam anak dia yang suka pakai bedak sejuk.Aku kenal anak2 die sebab muka diaorang memang muka keturunan .Saling tak tumpah.Mamak tu dengan anak2 dia pun dah kenal aku,kiranya kalau aku sampai,diorang dah tau menu aku.Selame aku makan kat situ pun tak pernah aku tak bayar mamak tu,kalau mamak tu kencing aku,aku rase peratusannya tinggi.Tapi servis diaorang memang kategori A.Bukan kategori kedai yang yang ambik order pakai seluar pendek,yang pinggan nasi goreng die kaler orange.Sebab tu kedai mamak tu jadi pilihan utama aku kalau pergi Masai.kedai yang boleh aku duduk selesa setengah hari dengan modal dua ringgit.